Jumat, 03 Juni 2011

adhesi hidup

waktu mulai berbicara
ketika matahari perlahan membungkam sinarnya
ketika rembulan mengerutkan wajahnya
dan ketika malaikat mendahului dengan kencangnya

waktu mulai bercerita 
tentang manusia yang menjadikan kehidupan sebagai sebuah pertunjukan
tentang manusia yang mencari kepuasan
atau tentang semayup hiruk anak jalanan

tiada satupun yang akan tersisa
harta, anak dan segalanya kan sirna
termasuk yang ada selain sang Pencipta
tidak sedikitpun hormos yang akan berdaya

raja-raja konon yang berkuasa di seribu negeri
adakah satu saja yang kekal abadi
semua terbawa arus sungai muara pasti
seperti datang mereka juga harus pergi

kita akan berhulu pada kematian
bersama gelap, sunyi dan kekosongan
terselip satu pijar menusuk jiwa
Tuhan, kembalikan kami ke dunia

Rabu, 01 Juni 2011

kembali pada tuhan

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!
Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman: “Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKu,
kerana Akulah jalan itu
.” Empat Lelaki Dan Penterjemah
Empat orang diberi sekeping wang.
Pertama adalah orang Persia, ia berkata, “Aku akan membeli anggur.”
Kedua adalah orang Arab, ia berkata, “Tidak, kerana aku ingin inab
.” Ketiga adalah orang Turki, ia berkata, “Aku tidak ingin inab, aku ingin uzum.”
Keempat adalah orang Yunani, ia berkata, “Aku ingin stafil.”
Kerana mereka tidak tahu erti nama-nama tersebut, mereka mulai bertengkar.
Mereka memang sudah mendapat informasi, tetapi tanpa pengetahuan.
Orang bijak yang memperhatikan mereka berkata, “Aku tidak dapat memenuhi
semua keinginan kalian, hanya dengan sekeping wang yang sama. Jika kalian
jujur percayalah kepadaku, sekeping wang kalian akan menjadi empat; dan
keempatnya akan menjadi satu.
” Mereka pun tahu bahawa sebenarnya keempatnya dalam bahasa masing-masing,
menginginkan benda yang sama, buah anggur.

oleh 

karena cinta

Kerana cinta duri menjadi mawar
kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawarKerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta api yang berkobar-kobarjadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang kerasmenjadi lembut bagaikan mentegaKerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit jadi sihat
Kerana cinta amarah berubahmenjadi keramah-ramahan

oleh jalaluddin rumi